Jangan gadai agama sebab nak undi bukan Islam
CYBERJAYA, 10 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar mengingatkan Ahli Parlimen muslim untuk tidak menggadai agama demi meraih undi pengikut bukan Islam.
“Jangan disebabkan ingin mengambil hati pengundi serta mempunyai agenda politik lain menyebabkan mereka rela membuang agam demi kepentingan tertentu.
“Yang nak mengundi (penggubalan RUU 355) bukan rakyat, sebaliknya Ahli Parlimen, tujuannya kita menghebahkan perkara ini supaya mana-mana Ahli Parlimen beragama Islam tolong ambil kesedaran bahawa apa pun parti yang dibawa olehnya, mereka wajib menyokong.
“Jangan semata-mata nak ambil hati pengundi-pengundi lain termasuk pengundi bukan Islam, mereka (Ahli Parlimen) terpaksa buang agama ke tepi.
“Kalau MP (Ahli Parlimen) macam ni, cukup ini kalilah. Cukup pilih mereka, jangan pilih orang macam ini (untuk menjadi wakil rakyat pada pilihan raya akan datang). For the sake of their followers (pengundi), mereka sanggup menggadaikan apa yang kita perjuangkan,” katanya dalam sebuah pertemuan tertutup dengan pengamal media, semalam.
Sementara itu, Timbalan Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Dr. Mohd Fauzi Shaffie menyatakan bahawa usul ini perlu terus diperjuangkan di Parlimen bagi menjaga kesejahteraan umat Islam masa kini.
“Kalau (pesalah) kena denda lebih tinggi kita harapkan benda-benda maksiat ini dapat dihentikan. Itu yang kita nak perjuangkan, elak umat Islam terjerumus ke lembah maksiat, sebab itu kita mengharapkan sokongan daripada seluruh umat Islam (mengenai pindaan RUU 355).
“Saya yakin kerajaan akan memberi kebenaran untuk diteruskan pembentangan (di Parlimen), yang kami semua tak mahu ialah usul ini ditolak.
“Jika ditolak maruah umat Islam di Malaysia (akan) tercemar dan (orang akan kata) orang Islam majoriti (penduduk di Malaysia) tapi kalah dalam usaha untuk menyusun masyakat sendiri. RUU 355 ini bukan untuk menghukum sebaliknya untuk menjaga (mendidik) masyarakat (agar tidak melakukan kesalahan maksiat),” katanya.
The post Jangan gadai agama sebab nak undi bukan Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan