Jangkitan ILI meningkat 465 kes di Perak

IPOH, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Seramai 27 lagi pelajar dari tiga buah sekolah di sini dikuarantin selepas menunjukkan simptom menghidap jangkitan influenza atau kluster Influenza Like-Illness (ILI).

Jabatan Kesihatan Perak dalam satu kenyataan berkata, kes terbaru itu menjadikan jumlah pelajar yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat daripada 438 orang sejak semalam kepada 465 pelajar.

Katanya, sebanyak 25 kes baru dilaporkan dari Sekolah Izzudin Shah, manakala dua lagi di Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.

“Bilangan itu menunjukkan peningkatan daripada 438 pelajar (Ahad). Setakat ini, empat sampel telah disahkan positif Influenza A (H3) dan sembilan lagi Influenza B,” kata jabatan itu.

Setakat ini, seramai 226 pelajar terbabit dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah dan 115 dari Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR).

Turut terjejas, 83 pelajar dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di Teluk Intan, 13 dari Kolej Vokasional Slim River, 25 dari Sekolah Izzudin Shah dan tiga lagi pelajar Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya.

Kebanyakan kluster ILI yang dilaporkan sebelum ini adalah disebabkan virus influenza bermusim antara lainnya meliputi Influenza A(H1N1), Influenza A (H3N2) ataupun Influenza B.

ILI merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

The post Jangkitan ILI meningkat 465 kes di Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?