Kaji semula saringan BRIM jika ditolak sebab miliki SSM

KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Kerajaan perlu menilai semula kegagalan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) atas sebab memiliki lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, ramai pemohon BRIM ditolak kerana mempunyai SSM.

“Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan semula kaedah saringan ini, supaya hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50) dalam memperkasakan ekonomi digital melalui inspirasi golongan belia tidak terhalang.

“Luahan anak muda ini adalah aspirasi ke arah penambahbaikan yang boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ramai pemohon BRIM dalam kalangan belia memiliki lesen SSM semata-mata untuk menjalankan perniagaan di bazar Ramadan untuk setahun sekali.

“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu menilai semula tahap perniagaan dijalankan serta keupayaan meraih pendapatan,” katanya.

Irmohizam juga berkata, pemohon yang memiliki lesen SSM perlu bekerjasama dengan membuat pengesahan dan rayuan secara telus serta profesional.

Selain itu katanya, manfaat BR1M tidak boleh disangkal, terutama pada saat kos sara hidup meningkat kerana ia adalah inisiatif terbaik oleh kerajaan yang sentiasa memikirkan soal kebajikan rakyat.

The post Kaji semula saringan BRIM jika ditolak sebab miliki SSM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?