KDN tiada maklumat jumlah perisik asing di Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai maklumat berkaitan jumlah ejen perisik asing di negara ini.

KDN berkata ini memandangkan tiada negara asing mengisytiharkan ejen perisikan mereka kepada Malaysia.

Bagaimanapun, kementerian melalui cawangan khas PDRM akan mempertingkatkan lagi usaha untuk mengumpul maklumat risikan bagi menentukan tiada lagi kejadian seperti pembunuhan warga Korea Utara di negara ini, kata kementerian dalam satu jawapan bertulis diedarkan di Parlimen.

Ia sebagai menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang ingin tahu jumlah ejen asing di Malaysia dan status terkini kes pembunuhan warga Korea Utara baru-baru ini.

KDN tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berkaitan perkara ini kerana masih di peringkat siasatan dan dikhuatiri boleh mengganggu siasatan yang dijalankan, menurut jawapan bertulis itu.

Warga Korea Utara Kim Chol dilaporkan dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb. Media banyak melaporkan Kim Chol sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un. – Bernama

The post KDN tiada maklumat jumlah perisik asing di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?