Kedutaan Korea Utara buat operasi pembersihan, buang komputer riba
KUALA LUMPUR, 13 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Kedutaan Korea Utara dilapor melakukan pembersihan pejabat dengan membuang beberapa peralatan termasuk komputer riba dan unit pemprosesan komputer (CPU) kosong di hadapan bangunannya di Bukit Damansara.
Antara yang dibuang adalah tiga komputer riba dan CPU tanpa pemacu cakera bersama longgokan sampah termasuk perhiasan bunga dan pembesar suara.
Sehingga kini, pejabat kedutaan itu sunyi seperti biasa dan hanya beberapa pergerakan keluar masuk pekerja termasuk Kaunselor kedutaan Kim Yu-song.
Sebelum ini, dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Kim Jong-nam disyaki masih berada di dalam kedutaan berkenaan.
Mereka adalah Setiausaha kedua kedutaan Hyon Kwang-song dan pekerja syarikat penerbangan Air Koryo Kim Uk-il.
Waran tangkap terhadap Uk-il sudah dikeluarkan sebelum ini manakala permohonan mendapatkan kerjasama daripada Kwang-song sudah dihantar melalui Wisma Putra, bagaimanapun masih belum ada sebarang perkembangan lanjut.
The post Kedutaan Korea Utara buat operasi pembersihan, buang komputer riba appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan