Keluarga 44 mangsa MH370 saman Boeing

COLUMBIA, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Satu tuntutan mahkamah difailkan di Amerika Syarikat (AS) terhadap Boeing dengan dakwaan beberapa kegagalan elektrikal dan teknikal lain mungkin menjadi punca nahas pesawat itu di Lautan Hindi.

Tuntutan itu difailkan oleh Gregory Keith, iaitu pentadbir khas keluarga mangsa yang menaiki pesawat itu dengan menamakan 44 mangsa sebagai plaintif.

Ia difailkan di Mahkamah Daerah Carolina Selatan, pada Sabtu lalu, terhadap syarikat Boeing berkenaan.

Tuntutan mahkamah itu menyatakan bahawa kebakaran elektrik mungkin menjadi punca pesawat itu hilang tekanan, menyebabkan anak kapal pengsan, sekali gus menyebabkan transponder gagal berfungsi dan mengakibatkan pesawat itu gagal dikesan sehingga kehabisan minyak, sebelum terhempas.

Sementara itu, Boeing enggan mengulas mengenai tuntutan mahkamah tersebut.

Sejak dilaporkan hilang pada Mac 2014, hanya serpihan kecil dipercayai daripada pesawat itu ditemui dalam misi pencariannya.

The post Keluarga 44 mangsa MH370 saman Boeing appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?