Keputusan SPM 2016 diumum pagi ini
KUALA LUMPUR, 17 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 akan diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, di Kementerian Pendidikan, Putrajaya, pagi ini.
Seramai 434,535 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2016 di 3,732 pusat peperiksaan seluruh negara, termasuk 377,194 calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.
Selain itu, 9,094 calon sekolah bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains MARA, sekolah menengah agama negeri (7,931), sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (12,847); sekolah menengah agama rakyat (1,756) dan calon persendirian (25,713).
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing atau melakukan semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 selepas jam 10 pagi.
The post Keputusan SPM 2016 diumum pagi ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan