Keputusan SPM keluar Khamis depan

PUTRAJAYA, 11 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 akan dikeluarkan Khamis minggu depan, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Kementerian berkata calon persendirian akan dimaklumkan keputusan mereka melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar menduduki peperiksaan dahulu.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2016 melalui mySMS 15888 yang perkhidmatannya akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 16 Mac dan ditamatkan pada 6 petang 22 Mac.

Seramai 434,535 calon mendaftar menduduki SPM 2016 di 3,732 pusat peperiksaan di seluruh negara yang daripada jumlah itu, 377,194 calon adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala 9,094 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contohnya Maktab Rendah Sains Mara).

Seramai 7,931 calon pula adalah calon sekolah agama negeri, 12,847 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, 25,713 adalah calon persendirian manakala baki 1,756 orang merupakan calon dari Sekolah Menengah Agama Rakyat. – Bernama

The post Keputusan SPM keluar Khamis depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?