Kerajaan bentang RUU Perbekalan Tambahan (2016) 2017

KUALA LUMPUR, 22 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 bagi memohon perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 sebanyak RM3.08 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Sebahagian besar perbelanjaan itu diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Terkanun iaitu sebanyak RM2,248,437,560, diikuti Kementerian Pendidikan (RM297,960,000), Kementerian Pengangkutan (RM215,709,466), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (RM128,000,000), Kementerian Kesihatan (RM104,400,000) dan Kementerian Luar Negeri (RM24,126,000).

Selain itu, perbelanjaan tambahan itu turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya dengan perbelanjaan sebanyak RM62,780,000.

Kerajaan, menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said turut membentang Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda beberapa perkara dalam Akta Saraan Hakim 1971.

Bacaan kali kedua bagi kedua-dua rang undang-undang itu akan dibuat pada mesyuarat Dewan Rakyat sesi ini juga.
– BERNAMA

The post Kerajaan bentang RUU Perbekalan Tambahan (2016) 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?