Kerajaan peruntuk 45 peratus kontrak projek LRT 3 kepada syarikat Bumiputera
KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1438H, Rabu – Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 45 peratus daripada jumlah kontrak Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang bernilai RM9 bilion kepada syarikat bumiputera menerusi inisiatif ‘carve out and compete’.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi inisiatif ini syarikat bumiputera yang berkelayakan harus bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kontrak bagi projek berkenaan, berlandaskan merit.
“Ini (kontrak) bukanlah dianugerahkan mengikut sesuka hati, mereka (syarikat Bumiputera) mestilah membuktikan kemampuan dan pertimbangan akan dibuat berasaskan merit,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera, di sini, Rabu. – Bernama
The post Kerajaan peruntuk 45 peratus kontrak projek LRT 3 kepada syarikat Bumiputera appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan