Kes demam denggi turun 18 peratus tahun lepas

SHAH ALAM, 1 Rejab 1438H, Rabu – Kes demam denggi di Selangor menunjukkan penurunan sebanyak 18 peratus dengan 51,652 kes dicatatkan tahun lepas berbanding 63,198 kes pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 78 kes kematian dicatatkan akibat deman denggi berbanding 127 kes pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, dari Januari hingga 25 Mac ini, sebanyak 11,598 kes deman denggi dilaporkan iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding 18,204 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Dalam tempoh itu juga, 12 kes kematian dicatatkan berbanding 29 kes pada 2016 iaitu pengurangan sebanyak 59 peratus kes kematian,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mat Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) mengenai jumlah kes denggi yang direkodkan sepanjang tahun lepas di negeri itu. – Bernama

The post Kes demam denggi turun 18 peratus tahun lepas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?