Kit Siang minta abaikan Hadi, tawan akar umbi PAS


KUALA LUMPUR, 17 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang meminta parti sekutuya untuk menawan penyokong akar umbi PAS bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.

Dakwanya, mereka tidak lagi memerlukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menang PRU kali ini.

“Saya fikir ahli biasa PAS, jika mereka faham isu negara, mereka tidak akan mahu melihat Malaysia hancur.

“Kita mesti capai ahli biasa PAS, tak perlu pedulikan Hadi,” katanya dipetik sebuah portal liberal.

Kit Siang juga mendakwa Hadi tidak berminat untuk membanteras rasuah, yang membuatnya tidak faham kerana tidak ada agama yang boleh bertolak ansur dengan perbuatan seperti itu.

Dalam masa sama, Kit Siang tidak bersetuju dengan rancangan Hadi untuk meminda hukuman syariah di negara ini.

Jelas Kit Siang, memenangi kawasan pilihan raya PAS ialah satu daripada 5 sasaran yang perlu dicapai pembangkang jika mahu memenangi pilihan raya umum akan datang.

The post Kit Siang minta abaikan Hadi, tawan akar umbi PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?