KKM nasihatkan pengguna elak beli lapan kosmetik beracun

BANGI , 23 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan lapan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, racun yang didapati dalam produk berkenaan ialah merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang semuanya tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Antara produk yang mengandungi racun seperti Moleek Day Cream, Adel Miracle Flawless Serum, Ah Beauty Night Cream yang mengandungi merkuri, Ndz UV Whitening (hydroquinone), Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitif, Dnars Nar Cream – Sensitif dan Ellfie Night Cream (hydroquinone dan tretinoin).

Sehubungan itu, Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Ia berikutan, penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

The post KKM nasihatkan pengguna elak beli lapan kosmetik beracun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?