Lebih 31,000 pesakit tunggu organ buah pinggang

KUALA LUMPUR, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Lebih 31,000 pesakit buah pinggang merupakan penunggu organ paling tinggi di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, selain buah pinggang tujuh pesakit hati, lima pesakit jantung dan empat pesakit paru-paru juga masih menunggu untuk mendapatkan organ masing-masing.

Namun katanya, jumlah itu adalah rendah kerana ia hanya merupakan satu peratus berbanding jumlah rakyat pada masa ini.

“Peratusan ini masih kecil berbanding negara-negara maju yang mana jumlah pengikrar organ di sana mencecah 30 hingga 40 peratus berbanding jumlah penduduk mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) pada persidangan di Dewan Rakyat hari ini.

The post Lebih 31,000 pesakit tunggu organ buah pinggang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?