Majlis Peguam Malaysia tak mahu hidangan arak dihalang
KUALA LUMPUR, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Majlis Peguam Malaysia mengundi untuk mengekalkan hidangan arak dalam setiap majlis mereka.
Undi itu sekali gus menolak usul larangan alkohol yang dicadangkan Peguam Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor.
Usul yang dibahaskan Amir pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan itu ditolak dengan 588 undi menentang, sembilan memihak manakala 16 berkecuali daripada mengundi.
Menurut peguam Haniff Khatri Abdulla, beliau dan ahli-ahli yang lain bersetuju untuk mengekalkan hidangan arak di mana ia merupakan perkara kebiasaan sewaktu acara tarian dan makan malam.
“Saya berkata, Islam tidak melarang umat Islam daripada berkomunikasi bergaul, dan berbincang dengan orang bukan Islam.
“Sebaliknya, Islam melarang perbuatan memaksa nilai-nilai Islam ke atas mereka yang beragama lain
“Atas dasar itu, minum arak dilarang kepada umat Islam, ia adalah haram kepada orang Islam tetapi ia tidak haram untuk bukan Islam. Bagi saya, usul itu tidak Islamik,” katanya yang dipetik daripada sebuah portal liberal.
Terdahulu, Amir memfailkan usul berkenaan dan kemudian dibawa pada AGM badan itu yang berlangsung pada Sabtu.
Amir berkata, menghidangkan ‘beer’ dan ‘liquor’ pada sesuatu majlis badan itu akan meningkatkan perbelanjaan tidak perlu sehingga 40 peratus.
Malah, penggunaan alkohol dalam setiap majlis juga akan menjadikan ahli-ahli yang beragama Islam tidak selesa.
Ahli Majlis Peguam terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama, dan pengunaan alkohol sedia dilarang hampir semua agama.
Usulnya itu turut menerima sokongan daripada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di mana pengguna arak menyebabkan ramai peguam beragama Islam merasa keberatan untuk hadir ke mesyuarat tahunan badan itu.
The post Majlis Peguam Malaysia tak mahu hidangan arak dihalang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan