Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Malaysia mengutuk pelancaran empat peluru berpandu balistik Korea Utara dan mendesak negara itu menghentikan segera tindakan itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata tindakan itu mencetuskan ketegangan serantau dan sekali lagi melambangkan sikap tidak ambil peduli DPRK terhadap keamanan dan keselamatan di Semenanjung Korea, rantau ini dan dunia secara amnya.

“Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) terbukti menolak gesaan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan pelancaran peluru berpandu,” katanya.

Pelancaran peluru berpandu tersebut merupakan pencabulan jelas terhadap resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan dan menjejas peraturan pelucutan dan ketakcambahan senjata nuklear.

Malaysia menggesa DPRK menghentikan pelancaran semua peluru berpandu balistik, dan lebih penting lagi, mematuhi sepenuhnya resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung DPRK.

Semalam, Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu dari pantai baratnya ke arah Laut Jepun.

Menurut kerajaan Jepun, peluru itu meluncur sejauh kira-kira 1,000km, dengan tiga daripadanya jatuh dalam zon ekonomi eksklusif Jepun.

— BERNAMA

The post Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?