Malaysia lapor penggunaan Agen Saraf VX kepada OPCW

BANGI, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang berpangkalan di Hague malam tadi menerima kenyataan bertulis daripada wakil tetap Malaysia ke pertubuhan itu berhubung penggunaan bahan kimia Agen Saraf VX dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Perkara itu disahkan OPCW menerusi Twitter rasminya yang turut memuat naik kenyataan berkenaan dan boleh diakses orang ramai di akaun itu.

Dalam kenyataan itu, wakil tetap Malaysia, Datuk Ahmad Nazri Yusof menjelaskan kepada Ahli Majlis Eksekutif OPCW bahawa terdapatnya penggunaan Agen Saraf VX dalam kes pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Beliau berkata, Malaysia mengutuk penggunaan bahan kimia itu oleh sesiapa sahaja dan dalam apa jua keadaan pun.

Katanya lagi, siasatan yang membawa kepada penemuan bahan kimia berbahaya itu dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang Malaysia.

“Kedutaan Korea Utara di Malaysia sudah dimaklumkan prosedur dan perkembangan siasatan sejak hari pertama kejadian itu berlaku.

“Saya sendiri dan pihak berkuasa Konvensyen Senjata Kimia Malaysia turut berhubung dengan OPCW yang mana kita meminta bantuan kemudahan teknikal daripada pertubuhan itu untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan itu.

Jelas beliau, Malaysia tidak menghasilkan, menyimpan stok, mengimport, mengeksport atau menggunakan mana-mana bahan kimia toksik termasuk VX yang disenaraikan dalam jadual 1 CWC.

The post Malaysia lapor penggunaan Agen Saraf VX kepada OPCW appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?