Malaysia tak perlu orang tengah selesai krisis dengan Korea Utara

TAWAU, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Malaysia tidak memerlukan negara ketiga untuk membantu menyelesaikan krisis dengan Korea Utara.

Beliau berkata, sekiranya wujud kesepakatan antara Malaysia dan Korea Utara, ianya boleh diatasi tanpa perlu dipanjangkan.

“Saya yakin apa yang dilakukan Perdana Menteri dalam menentukan dasar untuk memudahkan kedua-dua negara dan untuk terus menjaga hubungan baik serta diplomatik terus terjalin antara Korea Utara dan Malaysia,” katanya.

Jelas beliau, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara perlu dipertahankan selagi tidak berlaku pelanggaran perjanjian terhadap Konvensyen Vienna.

“Tentunya baki sembilan orang rakyat Malaysia yang masih berada di Pyongyang menjadi keutamaan kita dan Menteri Luar telah melakukan segala daya usaha untuk memastikan mereka pulang ke Malaysia.

“Namun pada masa sama kita juga mahu memastikan rakyat Korea Utara yang berada di negara ini dibenarkan pulang apabila tiba masanya, jika pihak mereka melakukan usaha yang sama,” katanya.

Tambah beliau sekiranya Korea Utara memperlihatkan kebersamaan hubungan diplomatik ini Malaysia juga akan melakukan perkara sama dengan proper arrangement (aturan sewajarnya).

“Dasar kita terbuka, kalau mereka berbuat baik, kita akan berbuat baik,” katanya lagi.

The post Malaysia tak perlu orang tengah selesai krisis dengan Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?