Melayu, Melayu, Melayu! Apa nak jadi?
Melayu dihukum lagi.
Kebelakangan ini, banyak tangkapan kes rasuah dan salah laku melibatkan banyak agensi awam dan swasta.
Rata-rata yang ditangkap adalah mereka yang berbangsa Melayu.
Lalu kedengaranlah sindiran-sindiran …
“Siapa buat? Melayu?” , “Oh, Melayu rupanya. Ingat kaum mana la yang buat” “Eh, Melayu ker? Salah tu. Bukan Melayu tu”
Banyak lagi ungkapan-ungkapan sinis terhadap Melayu hanya kerana sebilangan yang ditangkap melakukan kerosakan.
Sentimen politik hari ini yang tak berapa baik, juga mendorong kepada lahirnya sindiran sinikal terhadap Melayu kerana skandal yang melibatkan pimpinan Melayu.
Kawan, pertama sekali kita tinggal di negara majoriti orang Melayu. Di sektor awam, hampir 80% adalah orang Melayu. Maka pastinya yang banyak buat salah ini orang Melayu.
Kalau di China, ada kita dengar Melayu ditangkap rasuah? Di India, ada kita dengar Melayu ditangkap skandal?
Di China sudah tentulah orang Cina yang banyak buat kesalahan. Begitu juga di India, orang India lah yang banyak ditangkap lakukan jenayah dan sebagainya. Sama halnya di Malaysia. Melayu la yang paling ramai ditangkap kerana itu dan ini.
Saya bukan nak membela kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang Melayu yang rosak ini. Kalau saya bela kesalahan mereka atas dasar sama-sama Melayu, itu yang diertikan sebagai “Assobiyyah”.
Ibn Khaldun ada menerangkan tentang assobiyyah yang dicela adalah membantu kaumnya dalam melakukan kesalahan. Ini salah.
Tapi sikap kita yang juga sebenarnya bangsa Melayu, tapi sinis dengan bangsa sendiri, itu yang tak betul.
Perasaan yang harus terbit dari jiwa nurani kita adalah, apabila membaca berita-berita salah laku yang dilakukan kaumnya sendiri, kita merasa sedih.
Sedih kerana bangsa kita sedang tenat melakukan macam-macam kesalahan. Bukan sinis.
Seterusnya beri teguran dengan kapasiti yang kita ada. Tegur kesalahan mereka. Agar mereka sedar itu salah dan perlu diperbetulkan.
Kemudian, biarlah pihak berkuasa jatuhkan hukuman yang setimpal atas kesalahan mereka. Agar mereka insaf.
Namun, jauh lebih besar dari itu, apa yang kita dah sumbangkan atau usaha untuk bantu bangsa kita tidak terus melakukan kesalahan?
Sekadar sinis di alam maya? Itu sudah cukup? Kalau begini sikap kita, percayalah, generasi akan datang bangsa kita tetap sama tak berubah. Kerana apa?
Kerana sikap bangsa Melayu hari yang hanya tahu menjadi sinikal dengan bangsa sendiri dan tak buat apa-apa pun untuk ubah dan baiki bangsanya sendiri.
Mari menyumbang. Kita ubah masa depan bangsa kita. Kalau kita tak suka lihat bangsa kita melakukan kesalahan, kita kena mulakan hari ini dengan mendidik generasi muda Melayu.
Ia perlu bermula dari diri kita. Kemudian kita sumbang masa, tenaga dan wang ringgit bagi membina anak-anak Melayu. Buat program dan aktiviti yang dapat bina jati diri mereka sejak kecil.
Ajarkan mereka Al-Quran. Hidup dengan panduan tuhan. Suburkan Islam dalam diri anak-anak bangsa kita dari kecil. Kelak, mudah-mudahan dengan usaha kecil kita, bangsa ini menjadi bangsa yang dihormati dimasa hadapan.
Kalau tak tahu sumbang ke mana dan bagaimana, mesej saya. Saya ada banyak platform untuk anda sumbang masa, tenaga dan wang ringgit untuk program-program membina jati diri anak-anak kecil, remaja dan pemuda-pemudi kita.
Nurul Aizam Zaini
Ketua Pemuda Isma Melaka
Ulasan
Catat Ulasan