Nahas pandu lawan arus: Polis serah kertas siasatan kali kedua

GEORGETOWN, 22 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Kertas siasatan lengkap berhubung kes remaja wanita memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang lelaki maut akan diserahkan buat kali kedua kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, polis akan menunggu jawapan bagi memastikan sama ada kes berkenaan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau kekal seperti pendakwaan sebelumnya, iaitu mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam prosedur siasatan ini, ia meliputi pelbagai aspek termasuk mengumpulkan segala bukti-bukti yang berkaitan termasuk pengesahan kad orang kurang upaya (OKU) yang dimiliki suspek.

“Siasatan ini juga membabitkan semua keterangan, termasuk rakaman video saksi kejadian. Ini semua mengambil masa dan perlu disiapkan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menolak andaian kononya pihak polis sengaja melengahkan siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja kilang maut apabila kereta Proton Gen2 yang dipandu remaja wanita berkenaan melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal.

Remaja itu kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Jumaat lalu mengikut Sekseyn 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, namun mengaku tidak bersalah.

Dia dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan dua orang penjamin.

The post Nahas pandu lawan arus: Polis serah kertas siasatan kali kedua appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?