Nazri dakwa haramkan filem homoseksual tak masuk akal

KUALA LUMPUR, 15 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa tindakan menangguhkan Tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia adalah tidak masuk akal.

Katanya, sesebuah filem tidak perlu diharamkan kerana mempunyai watak homoseksual.

Beliau berkata, kehadiran watak tidak akan mempengaruhi anak-anak muda terhadap perlakuan homoseksual.

“Selama ini, walaupun tanpa watak homoseksual di dalam Beauty and The Beast, terdapat golongan homoseksual di dunia. Saya tidak fikir ia akan mempengaruhi sesiapa sahaja,” katanya.

Filem Disney ditangguhkan tayangannya di negara ini berikutan terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk karakter homoseksual dalam filem yang diadaptasi dari cerita dongeng berkenaan.

Nazri berkata sesebuah filem tidak perlu diharamkan kerana mempunyai watak homoseksual walaupun perbuatan itu tidak dibenarkan di negara ini.

“Kita perlu fikir, kita perlu membenarkan orang lain membuat keputusan untuk diri sendiri. Terdapat cerita mengenai pembunuhan dan dari segi undang-undang itu salah, tapi adakah anda mengharamkan ia dalam sesebuah filem?,” soalnya.

The post Nazri dakwa haramkan filem homoseksual tak masuk akal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?