Netanyahu disoal siasat kali keempat kes rasuah
BAITULMAQDIS, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Polis menyoal siasat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk kali keempat dalam siasatan rasuah melibatkan dirinya.
Netanyahu, 67, menjadi suspek dalam dua kes, satu membabitkan penerimaan hadiah daripada ahli perniagaan dan satu lagi berkaitan perbualannya dengan penerbit akhbar Israel mengenai mengehadkan persaingan dalam sektor berita sebagai balasan mendapatkan liputan positif.
Bagaimanapun, Netanyahu telah berkali-kali menafikan dakwaan terhadapnya, mengatakan mereka bermotifkan politik.
Pada lewat 1990-an, Netanyahu pernah disiasat oleh polis atas dakwaan penipuan dan pecah amanah semasa penggal pertamanya namun, dia tidak pernah didakwa.
Ketua Polis, Roni Elsheich, memberitahu wartawan:
“Kami akan selesai tidak lama lagi, kami dalam fasa akhir. Sebaik siasatan selesai, polis akan memutuskan sama ada untuk menggugurkan kes atau mencadangkan kepada Peguam Negara supaya beliau didakwa. – Agensi
The post Netanyahu disoal siasat kali keempat kes rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan