Nik Abduh kalah kerana ada jawatan lain: Mohd Amar

KOTA BHARU, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan kekalahan teruk Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Sabtu lalu, adalah petunjuk legasi Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi diterima.

Beliau berkata, PAS Kawasan Pengkalan Chepa mahukan pemimpin yang mempunyai masa dan berupaya memberi tumpuan di kawasan berkenaan.

“Nik Abduh adalah Ketua Pemuda PAS dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Dengan tanggungjawab itu, sudah tentu beliau tidak mempunyai masa memadai untuk memberi tumpuan penuh di kawasan Pengkalan Chepa kerana mempunyai jawatan lebih besar iaitu Ketua Pemuda PAS.

“Saya sebagai Yang Dipertua Kawasan Pengkalan Chepa juga sibuk dengan tugasan lain, maka lebih elok jika timbalan saya adalah individu yang mempunyai masa.

“Dr Izani Husin adalah orang paling layak memandangkan beliau juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

“Itu pandangan saya mengenai kekalahan Nik Abduh dan ia tidak bermakna orang menolak beliau atau legasi bapanya,” katanya selepas Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Nik Abduh tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa dengan hanya mendapat 37 undi manakala Dr Izani memperoleh 209 undi.

Mohd Amar terus diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa selepas diumumkan menang tanpa bertanding.

The post Nik Abduh kalah kerana ada jawatan lain: Mohd Amar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?