Palestin sedia runding jika cadangan Israel bermanfaat

RAMALLAH, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, pihaknya sedia meneruskan rundingan damai dengan seterunya, Israel sekiranya ia membawa manfaaat kepada negara itu.

Beliau dalam satu sidang media bersama Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon berkata, setakat ini Israel belum menawarkan sebarang cadangan yang memberansangkan berhubung rundingan itu.

“Israel tidak menawarkan apa-apa cadangan yang menggalakkan di mana rakyat Palestin boleh mendapat manfaat, kita bersedia untuk ke rundingan itu.

“Bagaimanapun, setakat ini, rakyat Palestin akan menunggu,” katanya.

Sementara itu, Ban Ki-Moon memuji Abbas ekoran kepimpinannya dan sokongan terbuka yang ditonjolkan beliau mengenai isu-isu utama di negara itu.

Ban menegaskan bahawa semua penempatan haram Israel di Palestin adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan prejudis terhadap perjanjian damai.

“Saya percaya dalam formula penyelesaian dua negara adalah berdasarkan rundingan damai dan menamatkan penjajahan Israel, dan saya juga digalakkan oleh Amman untuk mengadakan rundingan secara langsung antara dua pihak berkenaan,” katanya.- Agensi

The post Palestin sedia runding jika cadangan Israel bermanfaat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?