PAS Bayan Baru putus hubungan dengan PKR

PULAU PINANG, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Campur tangan secara terang-terangan oleh parti rasis dan cauvinis DAP terhadap urusan Jawatankuasa Fatwa Negeri menjadi antara faktor PAS kawasan Bayan Baru memutuskan hubungan dengan PKR.

Yang Dipertua PAS kawasan itu, Iszuree Ibrahim berkata, ia juga berpunca daripada kegagalan PKR membela dan mempertahankan Islam apabila membiarkan DAP campur tangan dalam urusan itu.

“Tindakan tidak bertanggungjawab Exco agama daripada PKR ini menunjukkan kepentingan politik DAP lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Iszuree berkata, keputusan tidak lagi meneruskan kerjasama dengan PKR juga disebabkan parti itu menunjukkan sikap lebih memberi komitmen dan mesra dalam membantu DAP dan PAN dalam pilihan raya kecil di Kuala Kangsar, Sungai Besar dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Dasar PAS di peringkat Pusat juga telah membuat penetapan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan DAP dan PAN.

“Maka tindakan hubungan mesra PKR dengan DAP dan PAN ini telah jelas menunjukkan ia bertentangan dengan dasar PAS,” katanya.

Semalam, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bayan Baru membuat keputusan menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR negeri ini.

Selain PAS kawasan itu, turut membuat keputusan sama adalah PAS Kawasan Permatang Pauh.

Lebih banyak kawasan PAS lain di negeri ini dijangka akan membuat keputusan sama dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Mengulas lanjut, Iszuree berkata, keputusan memutuskan kerjasama politik dengan PKR juga disebabkan parti itu tidak memberi pembelaan sewajarnya terhadap tindakan DAP memecat pemimpin dan ahli PAS sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (kini Majlis Bandaraya Pulau Pinang) pada 2014.

Malah kata beliau, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu juga mengeluarkan kenyataan tidak akan memberi pembelaan berhubung pemecatan ahli PAS berkenaan.

The post PAS Bayan Baru putus hubungan dengan PKR appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?