PAS perlu ubah pendekatan politik jika mahu kekal perintah Kelantan: Dr Agus

BANGI, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Penganalisis Politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, PAS perlu mengubah pendekatan politiknya jika mahu terus memerintah Kelantan.

Katanya, sekiranya PAS tidak berubah dan masih dengan sikap politiknya sekarang, Pilihan Raya Umum ke-14 bakal menyaksikan perubahan kerajaan di Kelantan.

“Dengan pendekatan politik PAS sekarang, saya tengok politik PAS seperti hilang arah. Ceramahnya semakin hilang tarikan, cuma semakin sarat dengan cercaan.

“Ini berbeza dengan gerak kerja UMNO, PAN dan Bersatu yang lebih lembut, memujuk, kemas dan kerap,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut mengimbau sejarah politik Kelantan yang sering berubah dan menilai sikap para pengundinya yang turut memiliki sifat yang sama.

“Perhatikan keinginan anak muda dan perantau di luar Kelantan yang akan balik mengundi nanti. Mereka antara penentu besar kerajaan yang akan memerintah selepas PRU 14 nanti.

“Jikapun setiap parti ada penyokong tegar masing-masing, sikap pengundi Kelantan tidak statik. Mereka akan mengundi menukar kerajaan apabila kerajaan sedia ada tidak lagi dapat menunjukkan imej perpaduan yang baik.

“Pada tahun 1978, rakyat Kelantan menolak kerajaan PAS apabila PAS berkonflik dan Berjasa ditubuhkan. Pada tahun 1990, rakyat Kelantan menolak kerajaan UMNO apabila UMNO berkonflik dan Semangat 46 ditubuhkan.

“Senario tersebut berulang lagi sekarang. Parti PAS yang memerintah Kelantan berkonflik berat sehingga tertubuhnya PAN.

“Persoalannya, apakah yang menggantikan itu kerajaan UMNO-BN atau Amanah-PH?,” soalnya menutup bicara.

The post PAS perlu ubah pendekatan politik jika mahu kekal perintah Kelantan: Dr Agus appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?