PAS tahu siapa dalang tidak mahu RUU355 jadi kenyataan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Beliau berkata, PAS keseluruhannya bersedia menghadapi rintangan dan halangan untuk membentangkan RUU ini.
“Kita (PAS) akan menghadapi apa jua halangan dan kita kenal siapa yang menghalang itu,” katanya.
Meskipun kerajaan memutuskan untuk enggan membentangkan usul itu, namun Abdul Hadi berkata, PAS tetap dengan pendirian membawa RUU355 di Parlimen.
Bagaimanapun jelas beliau, keputusan membentang dan membahaskan RUU355 adalah hak mutlak Speaker Dewan Rakyat.
“Mengikut Perintah Tetap Parlimen, RUU355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 ini boleh dibentang dan dibahaskan selepas urusan kerajaan, namun kerajaan boleh memberi peluang untuk ia dibentangkan pada bila-bila masa.
“Justeru, saya menyeru semua Ahli Parlimen beragama Islam untuk menyokong pindaan RUU355, manakala yang bukan beragama Islam mestilah menghormati perlembagaan negara. Perlembagaan mengatakan ini adalah hal berkaitan Islam sahaja,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS tidak terkesan dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam, untuk mengekalkan akta itu dibentang sebagai RUU persendirian.
Katanya, PAS sedia menghadapi sebarang rintangan dan halangan dalam membentangkan RUU355 kerana ia adalah kewajipan.
The post PAS tahu siapa dalang tidak mahu RUU355 jadi kenyataan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan