PBB kecam serangan bom di Damascus, Syria
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam serangan keganasan di Damascus Syria pada Sabtu dan mereka yang melakukan perbuatan itu “perlu bertanggungjawab”, lapor agensi berita China, Xinhua.
“Setiausaha Agung PBB terkejut dengan tindakan tidak bertangungjawab oleh penyerang yang langsung tidak peduli nyawa manusia. Takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa,” kata jurucakap timbalan PBB dalam kenyataan.
Pada Sabtu, dua bom diletupkan berhampiran tanah perkuburan di Shaghour dan dilaporkan seramai 74 orang terbunuh yang kebanyakannya pengganut Syiah.
Kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Al Qaeda iaitu Jawatankuasa Pembebasan Levant mengaku bertangungjawab terhadap serangan itu.
Menurut laporan, serangan dilakukan oleh dua pengebom bunuh diri yang mensasarkan pengikut pro-Iran dan pro-kerajaan.- Bernama
The post PBB kecam serangan bom di Damascus, Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan