Pegawai kerajaan bawah pemimpin korup ikut terima rasuah: Tun M

BANGI, 16 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, pegawai kerajaan berjawatan tinggi yang berada di  bawah pemimpin yang rasuah, kini menganggap mereka juga boleh menerima habuan, sehingga ‘cash is king’ menjadi satu prinsip dalam  pentadbiran.

Keadaan ini katanya, menyebabkan peningkatan pelbagai kos kerana pemberi rasuah cuba mendapat balik wang yang dihulurkan untuk  mendapat kelulusan daripada pegawai terbabit, sedangkan hasil dan kualiti kerja adalah rendah.

​”Ramai pemimpin politik Kerajaan sudah menjadi begitu kaya kerana rasuah. Tidak ada segan silu lagi apabila menunjuk stail cara hidup mewah yang melebihi pendapatan yang halal. Jika orang ramai lihat perbelanjaan perkahwinan anak yang menelan berjuta ringgit,  pemilikan rumah seperti mahligai, kereta mewah dan lain-lain, itu okay. Apa yang mereka boleh buat. Aku kebal, kata perasuah.

“Jika pemimpin tertinggi jelas menerima rasuah dan percaya cash is king, kenapa mereka yang berada di bawah pemimpin perasuah ini tidak boleh terima bahagian mereka. Maka bertimbun-timbunlah kes rasuah yang dikesan oleh badan pencegah rasuah. Dan masyarakat  pun tidak lagi hairan melihat kes-kes ini. Dia sudah jadi perkara biasa!,” katanya dalam blog beliau, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Datuk Seri Najib Razak mengganggap dia boleh berjaya melalui rasuah.

“Apabila datang seorang menghulur duit untuk mendapat khidmat yang percuma, percayalah tujuannya ialah untuk membolehkannya kuasa dan peluang untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Yang menerima sogokan akan menjadi rakan dalam jenayah yang akan  dilakukan.

“Demikian undi dalam PRU adalah percuma. Tidak ada bayaran apa-apa yang diperlukan. Jika sesiapa menghulur duit untuk mendapat undi, sebabnya tentulah kerana mempunyai niat yang tidak baik jika menang.

“Perlakuan yang tidak baik oleh pemenang melalui rasuah tetap akan membawa kerosakan yang akhirnya akan dirasai oleh pengundi itu sendiri. Lebih dari itu jika pemenang mendiri Kerajaan, maka kuasa dan kewangan Kerajaan tetap akan disalahgunakan. Jika perlakuan sekarang dijadikan contoh, pencurian duit Kerajaan juga boleh berlaku,” katanya.

Tun Dr Mahathir berkata, mereka yang menerima rasuah tanpa malu dan segan silu menonjolkan gaya hidup mewah yang luar biasa melebihi pendapatan halal yang sepatutnya.

“Jika orang ramai lihat perbelanjaan perkahwinan anak yang menelan berjuta ringgit, pemilikan rumah seperti mahligai, kereta mewah dan lain-lain, itu okay. Apa yang mereka boleh buat. Aku kebal, kata perasuah,” katanya.

Beliau berkata, jika mana-mana individu menghulur duit untuk meraih undi, ia sudah pasti dia mempunyai niat yang tidak baik sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU).

“Demikian undi dalam PRU adalah percuma. Tidak ada bayaran apa-apa yang diperlukan. Perlakuan yang tidak baik oleh pemenang melalui rasuah tetap akan membawa kerosakan yang akhirnya akan dirasai oleh pengundi itu sendiri.

“Lebih dari itu jika pemenang mendiri Kerajaan, maka kuasa dan kewangan Kerajaan tetap akan disalahgunakan. Jika perlakuan sekarang dijadikan contoh, pencurian duit Kerajaan juga boleh berlaku.

“Dengan menyalahguna wang Kerajaan, pentadbiran akan menghadapi masalah kewangan. Akhirnya negara akan jadi bankrap. Dengan ini rakyat, termasuk mereka yang menerima sogokan akan menderita,” katanya.

The post Pegawai kerajaan bawah pemimpin korup ikut terima rasuah: Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?