Penggantungan Annuar tiada kaitan dengan UEC: Mara

BUKIT MERTAJAM, 16 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menolak dakwaan peggantungan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusinya mempunyai kaitan dengan sokongan beliau terhadap isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Pengerusi sementara Mara, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, keputusan menggantung tugas Annuar adalah berhubung siasatan isu penajaan pasukan bolas sepak Kelantan, The Red Warrior.

Beliau menegaskan, penggantungan Annuar adalah untuk mendapatkan semula keyakinan orang ramai terhadap tadbir urus korporat Mara.

“Penglibatan atau sokongan Tan Sri Annuar terhadap UEC tidak ada kena mengena dengan keputusan Majlis Mara untuk menggantung beliau sebagai Pengerusi Mara.

“Asas bagi keputusan Mara adalah berdasarkan penajaan The Rad Warriors,” katanya dalam satu kenyataan.

Yusof berkata, Annuar juga telah dimaklumkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga siasatan oleh jawatankuasa audit dalaman Mara selesai.

“Saya berharap semua pihak termasuk Tan Sri Annuar memahami perkara ini dan tidak lagi akan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

Sebelum ini, Annuar dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina mendakwa sokongannya terhadap UEC adalah punca utama beliau digantung jawatan.

Katanya, beliau menjadi perbalahan dalaman UMNO dan menafikan penggantungan jawatan itu bukan kerana beliau mempengaruhi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.

Annuar Musa telah digantung tugas sebagai Pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuatkuasa serta merta pada 31 Januari lalu.

The post Penggantungan Annuar tiada kaitan dengan UEC: Mara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?