Pentadbiran Trump arah 46 pendakwa raya AS letak jawatan


WASHINGTON, 13 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Pentadbiran Presiden Donald Trump mengarahkan 46 Pendakwa Raya Persekutuan yang dilantik ketika pemerintahan bekas Presiden Barack Obama meletak jawatan.

Badan perundangan di negara itu dilaporkan semakin bercelaru dan tidak menentu ketika ini.

Antara anggota badan kehakiman yang tersenarai termasuk peguam dari Manhattan, Preet Bharara yang sebelum ini dilanjutkan tempoh perkhidmatannya sehingga November.

Jurucakap Jabatan Kehakiman AS kemudian mengesahkan perkara tersebut dan mengakui Bharara turut tersenarai dalam kalangan mereka yang diarah meletak jawatan.

Bharara sebelum ini mendakwa diberi keizinan oleh Trump untuk mengekalkan perkhid­matannya selepas kedua-duanya bertemu di Menara Trump pada 30 November tahun lepas.

Walaupun pemilihan ke­tua pendakwa raya dibuat secara lantikan politik dan permohonan daripada Jabatan Kehakiman AS, namun kesemua mereka menganggap arahan sebagai ‘tidak masuk akal’.

Jabatan Kehakiman, Peter Carr, berkata Trump meminta dua daripada mereka kekal iaitu Pemangku Timbalan Peguam Negara, Dana Boente dan calon yang dipilih mengambil alih jawatan itu, Rod Rosenstein.

“Presiden menghubungi Boente dan Rosenstein malam ini untuk memberitahu beliau menolak peletakan jawatan mereka dan akan kekal dalam kedudukan masing-masing,” katanya. -Agensi

The post Pentadbiran Trump arah 46 pendakwa raya AS letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?