Pertubuhan gabungan agama bukan Islam pula minta visa Zakir Naik disekat

KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa Kerajaan untuk membatalkan visa yang diberikan kepada pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

Dalam satu kenyataan semalam, majlis perundingan itu melahirkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan untuk mencegah Dr Zakir yang merupakan warganegara India itu daripada memasuki negara ini.

“Malaysia mempunyai reputasi sebagai sebuah demokrasi bertolak ansur, berbilang agama dan majmuk. Ia juga meletakkan dirinya sebagai sebuah negara Islam yang sederhana.

“Guru-guru agama yang ditaja, walaupun oleh pihak berkuasa negeri, yang mempunyai kecenderungan untuk menghasut kebencian dan penghinaan ke atas amalan, ritual dan makanan kumpulan etno-agama lain adalah betul-betul tidak boleh diterima,” kata majlis itu.

Majlis itu juga merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu dalam Kanun Keseksaan Malaysia yang melindungi daripada tindakan yang menyinggung perasaan agama lain serta memupuk kebencian atau ketidakharmonian atas alasan agama.

Menurut kenyataan itu lagi, Dr Zakir adalah sangat provokatif untuk masyarakat bukan Islam, sambil menambah bahawa dia telah dilarang memasuki negara-negara tertentu.

“Majlis ini menyokong kebebasan bersuara dan memberi pandangan, tetapi mana-mana wacana yang menyentuh agama dan kepercayaan harus tertakluk kepada parameter yang ditetapkan dalam Kanun Keseksaan amnya.

“MCCBCHST, oleh itu, menyeru Kerajaan untuk menarik balik visa yang diberikan kepada Dr Zakir Naik berada di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, 19 aktivis liberal termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy bersama ADUN Bingkor, Jeffrey Kitingan dan Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee memfailkan tuntutan terhadap Dr Zakir Naik.

Mereka memohon satu perintah bagi Ketua Polis Negara untuk segera menangkap Dr Zakir Naik, juga membatalkan status tokoh agama itu sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, termasuk perintah mengusirnya dengan segera dari negara.

The post Pertubuhan gabungan agama bukan Islam pula minta visa Zakir Naik disekat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?