Pesakit cedera ambulans terbalik
IPOH, 18 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Seorang lelaki warga emas yang baru menjalani pembedahan mata cedera ringan selepas ambulans membawanya balik ke Hospital Pulau Pinang terbabas di Km313.1 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, DSP Mohd Mahiri Hussin berkata, pemandu ambulans dan pembantu kesihatan turut cedera ringan, manakala pembantu pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan kira-kita 4.40 petang itu.
Ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang selepas warga emas itu Mat Nayan Hassim, 68, yang berasal dari Batu Ferringhi selesai menjalani pembedahan mata di Hospital Sungai Buloh, Selangor, katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya kemalangan dipercayai berlaku akibat tayar kanan belakang ambulans berkenaan pecah lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
“Impak daripada pelanggaran menyebabkan ambulans tersebut terbalik,” katanya.
The post Pesakit cedera ambulans terbalik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan