Piala Asia: Malaysia bertemu Korea Utara di gelanggang berkecuali
KUALA LUMPUR, 16 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara hanya akan diadakan di gelanggang berkecuali.
Perkara itu dimaklumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan menetapkan 8 Jun 2017 sebagai tarikh baru perlawanan berkenaan.
Badan induk bola sepak Asia terbabit berkata, Korea Utara perlu mencadangkan gelanggang berkecuali untuk perlawanan itu sebelum 14 April.
Sekiranya gagal berbuat demikian, AFC akan membuat keputusan dalam menentukan gelanggang baharu bagai perlawanan kelayakan terbabit.
Pertemuan antara Malaysia sepatutnya berlangsung pada 28 Mac ini di Pyongyang, Korea Utara, namun atas faktor keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon kepada AFC untuk mengadakan perlawanan berkenaan di gelanggang berkecuali.
Ketika ini hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara menjadi tegang selepas berlakunya pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang KL 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.
The post Piala Asia: Malaysia bertemu Korea Utara di gelanggang berkecuali appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan