Polis siasat ADUN PKR kata Islam bukan agama perdamaian
BANGI, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Polis menyiasat seorang pengguna Facebook yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghasut apabila mendakwa Islam bukan agama keagamaan.
Kenyataan itu dibuat ADUN PKR, Raveentharan Subramaniam sebagai respon kepada pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik menerusi artikel The Malay Mail Online bertajuk: “Zakir Naik: I’m a messenger of peace, my critics are terrorists”.
MMO memetik Sinar Harian dengan melaporkan bahawa Zakir Naik menolak dakwaan pihak yang mengatakan dirinya sebagai pengganas sambil menegaskan, mereka yang membuat tuduhan terhadap beliau mempunyai agenda tersendiri, demi kepentingan diri atau organisasi.
Zakir Naik juga berkata, berdasarkan tuduhan yang dilemparkan itu, tidak mustahil pihak yang menggelarnya sebagai pengganas mungkin seorang pengganas.
Susulan itu, dalam satu kenyataan berbahasa English, Raveentharan menulis, “Firstly Islam was never a religion of peace”.
Bagaimanapun, Raveentharan dilaporkan memohon maaf dengan memuat naik di Facebooknya berbunyi:
“My sincere apologies to all my muslim friends for my fb posting”.
The post Polis siasat ADUN PKR kata Islam bukan agama perdamaian appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan