Polis tahan lelaki buat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor

IPOH, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berumur 58 tahun itu ditahan di sebuah restoran di kawasan Dataran Perpaduan Bercham Raya, Ulu Kinta, Ipoh, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Katanya, polis kontinjen Johor menerima satu laporan berkaitan penyalahgunaan laman media sosial pada 11.20 pagi semalam berkenaan kenyataan jelik terhadap Sultan Johor.

“Kenyataan jelik yang dimuat naik itu boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Wan Ahmad Najmuddin, hasil daripada penahanan itu, polis merampas sekeping sim kad dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh lelaki tersebut bagi membuat kenyataan jelik itu.

Katanya, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan palsu dan kenyataan-kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

The post Polis tahan lelaki buat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?