Polis terima notis merah Interpol, tahan empat warga Korea Utara

PUTRAJAYA, 17 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Polis memperoleh notis merah daripada Interpol bagi menangkap empat lelaki warga Korea Utara yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau percaya kesemua individu yang dikehendaki berkenaan kini berada di Pyongyang.

“Kita memperoleh notis merah untuk menahan empat lelaki warga Korea Utara yang berada di lapangan terbang ketika kejadian itu.

“Kita berharap dapat menangkap mereka melalui Interpol,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Empat individu dikehendaki polis ialah Rhi Ji-hyon, 33, Hong Song-hac, 34, O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57.

Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari dan menahan individu dikehendaki akan dilakukan suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan mengekstradisi.

Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu dilaporkan dibunuh oleh dua wanita warga Vietnam dan Indonesia yang bertindak menyerang mangsa menggunakan agen saraf VX, ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Beliau yang membawa pasport menggunakan nama Kim Chol, meninggal dunia semasa perjalanan ke Hospital Putrajaya.

The post Polis terima notis merah Interpol, tahan empat warga Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?