Rasuah: Ketua jabatan agensi penguatkuasa disaran pantau pegawai, anggota

KUALA LUMPUR, 16 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Ketua-ketua jabatan agensi penguatkuasa harus memantau pegawai dan anggota mereka yang hidup mewah di luar kemampuan atau tidak sepadan dengan gaji, kata anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, rasuah dalam kalangan anggota penguatkuasa bukan lagi isu kecil malah ia semakin berleluasa dalam sesetengah agensi.

Musa berkata, rasuah melibatkan kumpulan berkenaan merupakan jenayah luar biasa kerana ia memberi impak besar sehingga boleh mengundang rantaian jenayah lain.

“Ketua jabatan perlu memperlihatkan contoh yang baik kepada pegawai bawahan mereka bertepatan dengan prinsip kepimpinan melalui tauladan.

“Agensi-agensi terlibat jangan sesekali melindungi mana-mana anggota yang terlibat rasuah serta tidak bertolak ansur kerana rasuah boleh melunturkan keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan agensi penguatkuasa masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Musa berkata, kolaborasi antara agensi-agensi berkaitan juga penting supaya tindakan holistik dan bersepadu dapat diambil bagi menangani isu itu secara berkesan.

“Saya berpendapat penangkapan terhadap ‘pelindung sindiket’ atau penerima rasuah dalam kalangan penguatkuasa sahaja tidak memberi kesan jika ketua sindiket dan pengusaha kegiatan haram yang menawarkan rasuah tidak diambil tindakan

“Selain itu, masyarakat perlu dimaklumkan bahawa tangkapan terhadap pegawai atau anggota penguatkuasa yang mengambil rasuah dengan jumlah kecil tidak boleh lagi dianggap sebagai kes biasa atau tangkapan ikan bilis,” katanya.

Musa berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tekad memburu penguatkuasa terlibat rasuah dan salah guna kuasa harus dipuji, malah perlu disokong khususnya oleh agensi terlibat.

Beliau berkata, tindakan itu secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada rakyat terhadap kemampuan SPRM dan agensi terlibat untuk berfungsi lebih cemerlang.

“Oleh itu, langkah tegas SPRM tidak boleh terhenti di situ sahaja, SPRM perlu melakukan usaha secara berterusan hingga masalah jenayah ini dapat diatasi,” katanya.- Bernama

The post Rasuah: Ketua jabatan agensi penguatkuasa disaran pantau pegawai, anggota appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?