Remaja Cina pandu lawan arus didakwa kali kedua esok

BUKIT MERTAJAM, 24 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang maut, akan didakwa atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian.

Pendakwaan akan dijalankan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid melalui Aplikasi Whatsapp berkata, Ng Pei Ven, 19, akan didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, remaja berusia 19 tahun itu berdepan dengan hukuman penjara antara tiga tahun dan 10 tahun dan denda antara RM8,000 dan RM20,000.

Ini adalah pertuduhan kedua ke atas model sambilan itu selepas dihadapkan atas pertuduhan penyalahgunaan dadah pada Jumaat lalu.

Nik Ros Azhan memaklumkan keputusan pendakwaan di bawah akta tersebut telah dipersetujui oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali susulan satu taklimat berhubung kertas siasatan kes berkenaan oleh pihak polis.

Jumaat lalu, Pei Ven mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Tertuduh, yang merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 bersama dua orang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis pada setiap minggu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi Selasa minggu lalu, Mohamad Fandi Rosli, 26, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah maut selepas kenderaannya bertembung dengan kereta Proton Gen2 yang dipandu secara berlawan arus.

Turut terlibat dalam kemalangan itu ialah dua buah kereta lain serta masing-masing sebuah van pekerja dan motosikal.

The post Remaja Cina pandu lawan arus didakwa kali kedua esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?