Remaja Cina pandu lawan arus disahkan pemegang kad OKU


BANGI, 17 Jamadilakhir 1438H, Khamis
– Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang maut, dilaporkan memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kad OKU milik remaja berusia 19 tahun itu tersebar di laman sosial, dikategorikan sebagai mempunyai ‘masalah pembelajaran’.

Memetik laporan portal liberal FMT, pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan bahawa kad OKU yang dimiliki remaja itu adalah sah, dan ia dikeluarkan pada tahun 2011.

“Doktor mencadangkan dia menjalani program pendidikan khas apabila berada di tingkatan satu,” kata pegawai itu.

Perkara sama turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid yang dipetik daripada laporan China Press.

Dilaporkan, seorang mangsa cedera turut mendakwa ibu remaja berkenaan memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis pada hari kejadian.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, seorang pekerja kilang maut apabila kereta Proton Gen2 dipandu melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal. Ujian air kencing mendapati suspek berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka.

The post Remaja Cina pandu lawan arus disahkan pemegang kad OKU appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?