Ritual ‘Raja Bomoh’ haram: Fatwa Perak


BANGI, 16 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Upacara pembomohan Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ diharamkan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, sejak 2014, kata Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim.

Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 telah memutuskan bahawa amalan pembomohan yang dilakukan oleh Ibrahim berlawanan dengan hukum syarak.

Jadi katanya, mana-mana umat Islam di Perak yang mengingkari fatwa boleh dikenakan tindakan.

“Dalam konteks perubatan ritual yang dilakukan Ibrahim baru-baru ini sudah pasti beliau akan dikenakan tindakan sekiranya dilakukan dalam negeri Perak.

“Malah, mana-mana orang Islam atau kumpulan yang menjadi ahli atau pengikutnya juga boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Ibrahim dilaporkan melakukan ritual di pantai bagi mengelakkan Malaysia diserang Korea Utara. Klip video ritual itu berdurasi tiga minit menjadi tular di media sosial.

Video itu memaparkan Ibrahim bersama tiga pembantunya di pantai berkenaan dengan dua kelapa, kayu (teropong), lima buluh (meriam), sejadah dan semangkuk air laut.

Selepas video itu, Ibrahim sekali lagi melakukan ritual sama di luar Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur atas kematian Kim Jong-nam petang kelmarin.

“Jika perbuatan itu dilakukan di negeri lain, maka pihak berkuasa negeri berkenaan perlu mengambil tindakan kerana urusan agama adalah di bawah urusan negeri masing-masing,” katanya.

The post Ritual ‘Raja Bomoh’ haram: Fatwa Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?