RTM tidak siar debat Tun M-Nazri

KUALA LUMPUR, 20 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Stesen penyiaran nasional, RTM tidak mempunyai rancangan untuk menyiarkan debat antara Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, debat itu adalah semata-mata antara kedua-dua individu tersebut.

“Pada saya itu adalah satu perbahasan antara dua individu dan bukan satu perbahasan yang telah dianjurkan oleh pihak RTM itu sendiri.

“Dan kita tak ada rancangan untuk menyiarkan perbahasan tersebut secara langsung,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Debat tersebut dijadual berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Perak pada 25 Mac ini.

Antara topik perdebatan termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Projek Keretapi Laju Pantai Timur (ECRL) dan skandal BMF yang berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Rabu lalu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Salleh membenarkan debat itu disiarkan secara langsung.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan telah menerima permohonan daripada pihak penganjur dan menyokong debat berkenaan.

The post RTM tidak siar debat Tun M-Nazri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?