RUU355: Asyraf Wajdi pertahan tindakan Najib

 

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 2 Rejab 1438H, Khamis –Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mempertahankan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355

Menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan tidak bersetuju dengan RUU355 beliau berkata, mereka yang berkata sedemikian perlu menghentikan bagi mengelakkan wujudnya dosa kering fitnah. 

Ini kerana katanya, kerajaan masih bersetuju dengan RUU355, cuma ia kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS. 

“Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab kepada seluruh rakyat yang berbilang agama, mereka perlu mengambil kira semua faktor termasuk aspek yang menjadi polemik dan kekeliruan di kalangan rakyat. 

“Justeru tidak timbul Kerajaan menolak Akta 355 ini kerana Akta ini adalah milik kerajaan. Cuma yang membezakan adalah dicadangkan untuk dipinda oleh PAS sebagai usul persendirian.

“Kerajaan tetap istiqomah dalam usaha memartabatkan institusi mahkamah syariah sejak Akta 355 diperkenalkan kerajaan pada tahun 1965 sebelum dipinda buat kali pertama pada 1984 dan kali kedua 1989,” katanya dalam satu kenyataan. 

Semalam, Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak akan membentang RUU 355 sebaliknya kekal sebagai RUU Persendirian Ahli Parlimen PAS Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terserah Speaker untuk menentukan bila dibentagkan serta bergantung kepada aturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Asyraf Wajdi berkata, usul Persendirian RUU355 akan mengikut prosedur dan aturan mesyuarat Parlimen yang memerlukan semua Rang Undang-undang Kerajaan diselesaikan terlebih dahulu.

Katanya, jika usul persendirian RUU 355 dibentangkan kelak, bermakna versi RUU355 yang dicadangkan PAS akan terbuka kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat.

“Makna kata ia akan dibahaskan, terserah kepada proses demokrasi berparlimen untuk membincangkan secara tuntas pro dan kontra setiap aspek dalam pindaan yang dicadangkan.

“Jika ditakdirkan RUU355 ini diterima selepas dibahaskan dengan majoriti mudah, maka RUU ini diletakkan dibawah tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan penyata Kerajaan.

“Apabila RUU355 sudah menjadi Penyata kerajaan maka prosesnya ialah Kerajaan meneliti kembali aspek-aspek di dalam cadangan awal pindaan yang dibuat PAS samaada untuk meminda bagi tujuan menambah baik atau kekal sebagaimana versi asal,” katanya.

The post RUU355: Asyraf Wajdi pertahan tindakan Najib appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?