RUU355: MCA cabar DAP desak kerajaan Selangor gugur jawatan PAS
SHAH ALAM, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Parti perkauman, MCA mencabar parti rasis dan cauvinis, DAP mendesak kerajaan Selangor menggugurkan kesemua jawatan yang dipegang PAS sekiranya parti Islam itu membentangkan pindaan RUU355 di Dewan Rakyat sesi ini.
Setiausa MCA Selangor, Datuk Ng Chok Sin berkata, jika PAS terus berkeras untuk membentangkan pindaan itu, DAP harus menggunakan kuasa mereka.
Katanya, DAP kena desak kerajaan Selangor menggugurkan kesemua jawatan yang dipegang Pas, sama ada di peringkat negeri mahupun kerajaan tempatan (ahli majlis).
“DAP gabungan kukuh dalam kerajaan negeri di bawah pakatan harapan, jadi mereka mempunyai kuasa buat desakan tersebut demi kebaikan semua pihak.
“Pada masa sama, DAP juga harus beri tekanan kepada sekutu mereka iaitu PAS dan Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang agar menarik balik cadangan pindaan akta itu di Parlimen,” katanya.
Beliau turut persoalkan bagaimana PAS kekal dalam kerajaan Selangor, sedangkan pakatan harapan sendiri iaitu DAP dan PAN tidak setuju apa dilakukan PAS.
“Jika Pas masih kekal dalam kerajaan Selangor, ini bermakna pakatan harapan masih memberi talian hayat kepada mereka.
“Talian hayat ini perlu dimatikan, bahkan DAP kerap dakwa mereka miliki kekuatan politik di Selangor sejak 2008 jadi mereka harus tunjuk kuasa mereka terhadap kedudukan PAS di negeri ini,” katanya.
The post RUU355: MCA cabar DAP desak kerajaan Selangor gugur jawatan PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan