RUU355: Pakatan harapan belum ada kata sepakat


SHAH ALAM, 1 Rejab 1438H, Rabu – Tiga parti dalam pakatan harapan masih belum ada kata sepakat mengenai pindaan Akta 355 di Parlimen. 

Setiausaha parti rasis dan cauvinis DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata, semua parti komponen dalam pakatan harapan dan PPBM akan membuat pendirian masing-masing ketika membuat undian itu nanti.

“Bagaimana pun, saya percaya ahli-ahli parlimen dari Amanah akan membuang undi tidak setuju mengenai pindaan akta ini,” kata Siew Fook seperti yang dilaporkan dalam Sin Chew Daily.

Siew Fook mengakui, keempat-empat parti masih belum sampai ke peringkat untuk mencapai kata sepakat memandangkan isi kandungan mengenai pindaan ini belum diperolehi lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Raub (DAP), Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz memberitahu, partinya tidak pernah memaksa beliau dan seorang lagi Ahli Parlimen DAP beragama Islam, iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, untuk membantah RUU355 ini, sebaliknya menyerahkan kepada keputusan sendiri.

The post RUU355: Pakatan harapan belum ada kata sepakat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?