Seleweng dana Yawas: SPRM serbu pejabat Teresa Kok

BANGI, 3 Rejab 1438H, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Parlimen parti rasis dan cauvinis, DAP, Teresa Kok di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Difahamkan, dua pegawai SPRM tiba di pejabat itu kira-kira jam 11 pagi dengan membawa waran geledah dipercayai susulan laporan dibuat Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (Yawas).

Memetik laporan portal Berita Harian, sumber SPRM sebagai mengesahkan serbuan tersebut, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

16 Mac lalu, Jamal memfailkan laporan di pejabat SPRM di Wisma PKPS Shah Alam ke atas Kok berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun, Kok menafikan dakwaan dirinya menyalahgunakan dana, dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan itu.

The post Seleweng dana Yawas: SPRM serbu pejabat Teresa Kok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?