Sembilan maut helikopter terhempas di Jepun

 

TOKYO, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Sembilan orang dalam helikopter milik kerajaan Jepun disahkan maut selepas terhempas di sebuah kawasan pergunungan Hachibuse di di wilayah Nagano, kelmarin.

Jurucakap polis berkata, sebelum ini tiga orang telah dikenalpasti maut sebelum kerja-kerja pencarian dilakukan dan menemui enam lagi mangsa.

Empat daripadanya dijumpai terperangkap dalm timbunan bangkai helikopter, rangkaian televisyen tempatan menunjukkan bangkai pesawat remuk helikopter di lereng yang dilitupi salji gunung.

Helikopter jenis The Bell 412 EP telah meninggalkan Lapangan Terbang Matsumoto di Nagono tengahari Ahad bersamasembilan penumpang termasuk seorang juruterbang, mekanik dan tujuh lagi pekerja penyelamat bagi menjalankan latihan kerja-kerja menyelamat.

Gabenor Nagono, Shuichi Abe berkata, kesemua yang maut itu merupakan wira yang berkhidmat untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

“Ini adalah waktu yang sangat sukar, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa ini.

“Kesemua mereka akan terus diingati kerana telah mendedikasikan diri bagi menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya. Agensi

The post Sembilan maut helikopter terhempas di Jepun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?