SPRM selesai siasatan kes libatkan Pengerusi Mara: Paul Low


KUALA LUMPUR, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa, telah pun selesai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk, Paul Low Seng Kuan berkata, kertas siasatan kes itu telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan selanjutnya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status penyiasatan kes SPRM yang melibatkan pengerusi MARA itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Hanipa juga bertanya sama ada saksi utama kes berkenaan iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM.

Low berkata, siasatan SPRM mendapati tiada keperluan untuk memanggil Tunku Ismail memberi keterangan dalam kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta pada 31 Januari lepas berikutan dakwaan berhubung penajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan. – Bernama

The post SPRM selesai siasatan kes libatkan Pengerusi Mara: Paul Low appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?