SPRM tahan dua anggota polis minta rasuah

KANGAR, 28 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini menahan dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kerana dipercayai terbabit dengan rasuah.

Pengarahnya, Yaacob Angah berkata, anggota berusia lingkungan 30an dan 50an berpangkat sarjan dan koperal itu ditahan berhubung kes permintaan rasuah daripada seorang pengedar ketum.

“Kedua-dua mereka dipercayai meminta suapan RM4,000 daripada pengedar ketum yang ditahan sebelum ini.

“Suapan terbabit bagi memastikan tiada sebarang tindakan atas kesalahan mengedar diambil kepada pengedar terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lebih lima kali suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

The post SPRM tahan dua anggota polis minta rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?