Sultan Johor sedia dedah kepada SPRM orang cuba rasuah banginda
JOHOR BAHRU, 27 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Sultan Johor semalam menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) orang tengah yang cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam laman Facebook baginda semalam, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah baginda mahu SPRM mengadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.
Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Ini Johor, kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit,” titah baginda.- Bernama
The post Sultan Johor sedia dedah kepada SPRM orang cuba rasuah banginda appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan